Maghfirah Islamic Leadership Boarding School

Sekolah Kepimpinan Mukmin Professional

Membina generasi pemimpin holistik yang cemerlang di dunia dan bersedia untuk akhirat.

Maghfirah Boarding School Malaysia

Maghfirah Islamic Leadership Boarding School

Hadir dengan konsep Sekolah Berasrama Penuh Islam (Islamic Boarding School) peringkat Menengah yang mengimbangi pencapaian ukhrawi dan duniawi; melalui penerapan nilai-nilai asas Islam, pembudayaan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian, pemantapan jiwa kepimpinan, penguasaan Bahasa Arab secara aktif, serta pembentukan peribadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat, baik dari segi akademik mahupun adab (sahsiah).

Falsafah Pendidikan MILBOS

Falsafah Pendidikan MILBOS dibangunkan berdasarkan aspirasi ayat dari Surah Al-Furqan yang ke-74:

وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
“ Wahai Tuhan kami, jadikanlah pasangan dan anak-anak kami sebagai Qurratul A’yun (penyejuk mata dan hati) dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang yang bertakwa. ”
(QS. Al-Furqan [25] : 74)

Jaminan Berbahasa Arab

Pelajar dibimbing untuk menguasai Bahasa Arab sehingga mampu bertutur Bahasa Arab dengan fasih dalam kehidupan seharian. Pelajar juga mampu membaca dan memahami kitab-kitab Arab dengan baik.

  • Pertuturan Harian Aktif
  • Pemahaman Kitab Turath & Kontemporari
  • Tenaga Pengajar Mahir & Berpengalaman
Jaminan Berbahasa Arab
1 Guru 10 Pelajar

1 Guru : 10 Pelajar

Nisbah guru pelajar yang rendah membolehkan bimbingan lebih dekat dan berfokus.

Dengan nisbah guru dan murid yang rendah iaitu 1 guru bagi 10 pelajar, setiap pelajar berpeluang mendapat perhatian yang lebih dekat, bimbingan yang tersusun dan pemantauan lebih berkesan. para pelajar mendapat ruang yang lebih banyak untuk berinteraksi dan bertanya kepada guru untuk mendapatkan kefahaman lebih mendalam.

Guru Professional & Terlatih

Guru berkaliber, terlatih dan menjalani latihan berterusan bagi memastikan pembelajaran di MILBOS selari dengan kaedah terkini yang interaktif iaitu Pendidikan Abad Ke-21 (PAK-21).

Guru Berkaliber & Terpilih

Bukan sekadar mengajar, tetapi mendidik dengan sepenuh jiwa. Guru kami memiliki pengetahuan mendalam bidang akademik dan agama.

Komitmen Latihan Berterusan

Guru-guru kami diwajibkan mengikuti kursus kemahiran perguruan secara berkala untuk mengekalkan standard pengajaran yang tinggi. Kursus guru kami dijalankan oleh pengajar bertauliah dari universiti terkemuka negara bagi memastikan kualiti guru yang terbaik dari masa ke semasa.

Peneraju PAK21

MILBOS Malaysia mengaplikasikan pendekatan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang berpusatkan pelajar melalui pembelajaran kolaboratif, komunikasi berkesan, pemikiran kritis, kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah. Pendekatan ini membina pelajar yang aktif, matang, berkeyakinan dan bersedia menjadi generasi terbaik yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Responsif Terhadap Keperluan Semasa

Guru kami dilatih dengan kemahiran literasi digital, kestabilan emosi (EQ), dan pengurusan kebajikan pelajar bagi memastikan persekitaran sekolah berasrama sentiasa selamat dan harmoni.

Guru Professional & Terlatih

Guru Musyrif MILBOS Malaysia

Guru Musyrif MILBOS Malaysia berperanan sebagai guru pembimbing pelajar di luar waktu akademik formal. Mereka memastikan proses pembentukan pelajar terus berlaku selepas sesi kelas melalui bimbingan sahsiah, disiplin, kerohanian, kepimpinan, kebajikan dan budaya kehidupan seharian.

Dalam ekosistem MILBOS, Guru Musyrif menjadi qudwah, pembimbing dan tempat rujukan yang dekat dengan pelajar. Mereka membantu membina rutin harian yang tersusun, menjaga adab and disiplin serta memastikan pelajar berada dalam suasana yang selamat, terarah dan mendidik.

Guru Musyrif turut memperkasakan penggunaan Bahasa Arab sebagai bahasa komunikasi harian melalui latihan perbualan, arahan mudah dan aktiviti bahasa. Ini bertujuan membina keyakinan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Arab serta memahami teks dan kitab Arab dengan lebih baik.

Selain itu, Guru Musyrif terlibat dalam program tarbiah, kokurikulum, riadah, kepimpinan dan pembangunan karakter pelajar. Peranan ini membantu membentuk pelajar secara seimbang dari sudut akademik, hafazan, sahsiah, jasmani, rohani dan kepimpinan.

Secara keseluruhannya, Guru Musyrif ialah sebahagian daripada sistem pembinaan pelajar MILBOS yang membimbing pelajar secara berterusan ke arah melahirkan generasi pimpinan mukmin profesional.

Silibus KPM, Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)

Pendidikan holistik yang menggabungkan kecemerlangan akademik kebangsaan dengan syiar Islam.

KBD - Kurikulum Bersepadu Dini

Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) ialah kurikulum kebangsaan yang menyepadukan ilmu agama (Dini/Azhari) dengan Kurikulum Kebangsaan (KSSM), dilaksanakan di SABK dan SMAN sejak 2017. Ia menekankan mata pelajaran agama berbahasa Arab (standard Al-Azhar) dan diuruskan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). KBD direka untuk melahirkan pelajar seimbang dalam akademik dan agama.

Ciri-ciri Utama KBD:

  • Penggabungan: Mengintegrasikan kurikulum agama aliran Azhari dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
  • Bahasa Pengantar: Penggunaan bahasa Arab dalam mata pelajaran teras agama.
  • Mata Pelajaran Khas: Fokus kepada Usul al-Din, Al-Syariah, dan Al-Lughah Al-'Arabiah Al-Muasirah (LAM).
  • Sijil: Menyediakan pelajar ke arah Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi menengah atas.

ENM - Elemen Nilai Maghfirah

Teras Pendidikan Bersepadu & Berkualiti

ENM merupakan program pendidikan khas di MILBOS yang merangkumi Pengetahuan, Kemahiran, dan Nilai. Ia digubal berasaskan standard yang teliti (Standard Kandungan, Pembelajaran, dan Prestasi) bagi memastikan setiap murid menerima kualiti pendidikan yang sama rata dan mencapai tahap persekolahan yang ditetapkan.

Integrasi Ilmu Aqli dan Naqli

MILBOS Malaysia mengamalkan kaedah Integrasi Ilmu (Aqli dan Naqli) iaitu pendekatan berstruktur yang diperoleh daripada model pendidikan di Turki dan diaplikasikan di semua institusi pendidikan kami dari tadika, sekolah rendah hingga sekolah menengah. Melalui pendekatan ini, silibus sedia ada dihubungkan dengan kefahaman Islam yang lebih mendalam bagi membimbing pelajar menolak pemikiran sekularisme. Kaedah ini turut mengasah pemikiran kritis pelajar, mengaitkan elemen keTuhanan dan kehambaan dalam pembelajaran serta membina karakter pelajar yang beriman, beradab dan berprinsip.

Melahirkan Pemimpin Islam Masa Depan

Program ini bukan sekadar akademik semata-mata, malah fokus utamanya adalah untuk membentuk peribadi anak-anak agar mampu menjadi penyejuk mata (qurrata a'yun) buat ibu bapa. Ia direka khusus untuk mempersiapkan murid menjadi pemimpin berwibawa yang sedia berbakti kepada masyarakat Islam, agama, bangsa, dan negara pada masa hadapan.

Kelas Eksklusif

Nisbah impak tinggi, 1 guru untuk 10 orang pelajar sahaja demi bimbingan yang berfokus.

Trilinguistik

Menguasai 3 bahasa utama dunia: Bahasa Malaysia, Bahasa Arab & Bahasa Inggeris.

15 Ekar = 60,703 m²

Kampus bebas pencemaran dan bebas daripada gangguan luar.

Akses Mudah

Akses mudah dan pantas, hanya 30 minit dari Kajang.

Fasiliti

Persekitaran pembelajaran dan kediaman yang kondusif, menyokong perkembangan minda & fizikal.

Peta Perkampungan Maghfirah
Click to enlarge

Peta Perkampungan Maghfirah

Sistem zon terancang yang membahagikan kawasan akademik, kediaman, sukan dan riadah secara strategik untuk keselamatan dan keselesaan pelajar.

Pembangunan yang sedang dijalankan

Komitmen kami dalam menaik taraf prasarana demi menyediakan persekitaran terbaik untuk pelajar.

Sebelum Pembangunan Sebelum

Keadaan Bangunan Sebelum Pembangunan

Gambaran tapak asal kawasan bangunan perkampungan MILBOS sebelum fasa pengubahsuaian dan penaiktarafan dimulakan.

Selepas Pembangunan Selepas

Wajah Bangunan Selepas Pembangunan

Struktur bangunan yang sama selepas berjaya dinaik taraf sepenuhnya dengan kemudahan bilik kuliah dan asrama yang kondusif serta moden.

Seronok bersekolah di MILBoS!

Jom sertai MILBoS Malaysia! Insha-Allah seronok setiap hari.

Kehidupan di MILBOS disusun agar pelajar merasai suasana sekolah berasrama penuh yang menyeronokkan, aktif dan membina. Selain kecemerlangan akademik, pelajar diberi peluang untuk meneroka pelbagai aktiviti kokurikulum dan kepimpinan. Interaksi sosial berteraskan nilai Islam diterapkan dalam ekosistem kekeluargaan yang erat bersama para murabbi yang sentiasa dekat untuk membimbing para pelajar setiap masa.

Jom Sertai Sekarang
Seronok di MILBOS

Yuran Kemasukan MILBOS 2027

Struktur yuran yang telus dan kompetitif demi menyediakan pendidikan serta pengurusan berasrama yang berkualiti tinggi.

Tahunan
RM 1,990

Yuran Tahunan

Yuran pengurusan wajib sekali setahun untuk kemudahan pembelajaran, prasarana, baju rasmi, dan kemudahan koperasi.

Nota Pembayaran: Yuran tahunan ini boleh dibayar dalam 2 kali bayaran, iaitu RM 1,000 semasa pendaftaran dan baki RM 990 pada pertengahan tahun.
Bulanan
RM 1,050

Yuran Bulanan

Yuran bulanan bersepadu yang merangkumi semua keperluan asrama dan penjagaan harian pelajar.

  • Penginapan asrama penuh yang selesa
  • Makanan berkhasiat 5 kali sehari
  • Yuran pengajian dan kebajikan pelajar

Perincian Yuran Tahunan

Bil Perkara Harga (RM)
1 Yuran Pendaftaran 500
2 Yuran Aktiviti 700
3 Yuran Baju Rasmi MILBOS* 420
4 Takaful 20
5 Buku 200
6 Koperasi 150
JUMLAH YURAN TAHUNAN 1,990

*Butiran Yuran Baju Rasmi MILBOS (RM 420) merangkumi:

Kemeja Putih Lengan Panjang
Seluar Slack Beige
Jubah Putih
Baju Batik
Lencana
Tanda Nama

Sertai Keluarga MILBOS

Daftar sekarang untuk memulakan urusan kemasukan secara atas talian. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, hubungi pihak pendaftaran.

E-mel Pendaftaran

ym.pendidikan@gmail.com

Lokasi Kampus

PT 927, Kg Kapal Ulu Beranang, 71750 Lenggeng, N. Sembilan

Pendaftaran atas talian diuruskan secara selamat melalui sistem pengurusan akademik bersepadu Awfatech (ASIS).

Portal Pendaftaran Pelajar

Pendaftaran kemasukan calon pelajar baharu MILBOS kini boleh dilakukan secara atas talian. Sila klik butang di bawah untuk melayari Portal Pendaftaran Pelajar bagi mengisi maklumat pendaftaran, membuat semakan status, dan menyempurnakan urusan permohonan kemasukan anak anda.

Daftar Sekarang

* Anda akan dibawa ke portal pendaftaran luaran yang rasmi.